top of page
Search

Kenyataan Rasmi Dari Enagic Malaysia Berkaitan Isu Kangen Water Julai 2016

  • mnfmarketing
  • Nov 8, 2016
  • 1 min read

Kenyataan Rasmi Dari Enagic Malaysia Berkaitan Isu Kangen Water. http://www.enagic-my.com/official-statement-from-enagic-malaysia/

Kenyataan dari Enagic Malaysia

Enagic ialah syarikat berusia 42 tahun bermula di Jepun dan menjalankan pembuatan dan menjual mesin Kangen yang menghasilkan “Kangen Water”. Enagic Jepun telah menjual mesin ini ke lebih 100 negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Malaysia, Kanada, Hong Kong, Singapura, Australia, Filipina, Brazil, Mexico dan negara-negara di Eropah.

Enagic Malaysia adalah anak syarikat milik penuh Enagic Jepun dan ditugaskan dengan jualan, pengedaran dan perkhidmatan Mesin Kangen di Malaysia.

Akhir-akhir ini, terdapat artikel berita yang mendakwa Enagic Malaysia terlibat dalam jualan air ajaib yang boleh merawat penyakit kronik.

Enagic Malaysia ingin menyatakan dengan jelas bahawa syarikat itu hanya dalam perniagaan menjual mesin Kangen dan tidak menjual “Kangen Water”. Tambahan pula, Enagic tidak membuat apa-apa tuntutan yang Kangen Water merawat penyakit atau bahawa ia adalah air ajaib.

Enagic juga melarang Pengedar Bebas kami daripada menjual “Kangen Water” dan / atau membuat apa-apa tuntutan bahawa ia akan mengubati penyakit.

Enagic Malaysia berusaha untuk mematuhi semua undang-undang Malaysia dan telah mengambil tindakan terhadap mereka yang mengabaikan dasar kami berkaitan dengan menjual “Kangen Water” dan membuat apa-apa tuntutan perubatan.

Kami akan berkerjasam dengan Kementerian Kesihatan (MOH) pada tindakan yg akan diambil terhadap Pengedar Bebas yang melanggar undang-undang Malaysia dan akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan semua Pengedar Bebas kami untuk mematuhi undang-undang Malaysia.

Nick Nakao – Pengurus Negara / Pengarah Enagic Malaysia Sdn Bhd #kangenbktpayong #kangentrg #enagicmalaysia

Sumber: enagickangen.my


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • White Google Places Icon

Jalan PP 2/5,

Taman Putra Prima,

47100 Puchong, Selangor,

Malaysia.

+60 3-8066 5039

Join us:

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

© 2016 by MNF Marketing.

bottom of page