top of page

Masalah dengan air yang biasa digunakan

Air Paip

Air paip adalah pilihan yang lebih baik berbanding minuman ringan. Tapi, mengikut  Kumpulan Kerja Alam Sekitar, 315 pencemaran telah dijumpai pada air paip di Amerika sejak 2004 dan separuh daripada pencemaran tersebut adalah yang tidak terkawal sepenuhnya dan undang-undang wujud dalam mana-mana jumlah. 

Pada tahap pencemaran terkini, masyarakat telah mula mempertikaikan kualiti air paip dan tidak yakin sama ada ia cukup selamat atau tidak untuk diminum. Berdasarkan fakta tersebut, tidak hairanlah bahawa permintaan untuk Kangen Water® sentiasa meningkat.

Air Botol

Air botol tidak semestinya lebih menyihatkan daripada air paip dan harganya lebih mahal berbanding air paip. Walaupun dikaitakan dengan yang sihat, air botol tidak dijamin bahawa ia lebih sihat darpada air paip. Perbezaan yang sering dikaitkan adalah  mineral tambahan yang tidak terbukti manfaat kesihatan.

Kajian selama 4 tahun yang dilakukan oleh Majlis Pertahanan Sumber Asli menunjukkan 1/3 air botol yang diuji mengandungi tahap pencemaran yang melebihi had yang dibenarkan. Air botol juga boleh menjadi sedikit berasid yang mana boleh memberi kesan kepada kesimbangan pH tubuh manusia.  Akhirnya, kesan alam sekitar yang disebabkan oleh pengeluaran dan penjualan botol plastik berbahaya kepada ekosistem.

Proses Air Osmosis Berbalik

Proses osmosis berbalik adalah proses penapisan yang berkesan di kawasan yang tidak menerima air dari kawasan sekitar yang dirawat dan biasanya digunakan dalam kemudahan air botol. Masalah dengan proses ini adalah bahan kimia yang berbahaya seperti racun perosak, racun herba, dan klorin adalah molekul yang lebih kecil daripada air dan boleh melepasi dengan baik melalui penapis. Proses osmosis berbalik membuang mineral yang sihat yang berlaku secara semulajadi yang ada dalam air mineral. Mineral- mineral tersebut bukan sahaja memberi rasa yang sedap, ia juga menyediakan fungsi yang penting dalam sistem badan manusia. Apabila mineral ini hilang, air boleh menjadi tidak sihat. Selain itu juga, 2-3 gelen air telah dibazirkan untuk setiap gelen air yang telah ditapis.

  • White Google Places Icon

Jalan PP 2/5,

Taman Putra Prima,

47100 Puchong, Selangor,

Malaysia.

+60 3-8066 5039

Join us:

  • Facebook Social Icon
  • Google+ Social Icon

© 2016 by MNF Marketing.

bottom of page